Bahagian Pengurusan Maklumat

CARTA ORGANISASI BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT

MISI BAHAGIAN

Meningkatkan sistem penyampaian LKIM melalui Teknologi Maklumat dan Perhubungan yang efisyen.


OBJEKTIF BAHAGIAN

  • Mewujudkan Sistem Pengurusan Maklumat yang cekap dan berkesan bagi membantu organisasi LKIM dalam membuat perancangan, keputusan dan penggubalan dasar.
  • Menyediakan khidmat sokongan pemerosesan data yang secukupnya melalui penggunaan teknologi komputer yang mutakhir.



PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN

  • Mengemukakan Laporan Tahunan Bahagian Berakhir 31 Disember Setiap Tahun Ke Bahagian Perancang Korporat Sebelum 15 Februari Tahun Berikutnya.
  • Mengemukakan Verifikasi Aset Tetap ke Bahagian Pentadbiran Sebelum 31 Januari Tahun Berikutnya.
  • Membangunkan Sistem Aplikasi yang Bersesuaian Mengikut Keperluan Pengguna.
  • Tindakan Segera Untuk Mengatasi Masalah dan Kerosakan Komputer yang Dialami Oleh Pengguna Seperti Berikut :-
    • 4 – 6 Jam Jika Masalah Berlaku Di Ibu Pejabat Yang Boleh Diselesaikan Tanpa Pegawai Kami Tanpa Melibatkan Pihak Ketiga.
    • 2 – 3 Hari Jika Masalah Berlaku Di Luar Ibu Pejabat.
  • Memberikan Khidmat Sokongan Dari Segi Penggunaan Sistem Komputer Kepada Pelanggan Kami Bila Memerlukan.



FUNGSI SEKSYEN DAN UNIT
A. Tugas-tugas Seksyen Pembangunan Aplikasi & Pangkalan Data

  • Mengkaji keperluan sistem aplikasi yang diperlukan.
  • Menyediakan spesifikasi sistem aplikasi yang akan dibangunkan.
  • Menguruskan proses pembelian sistem yang diperlukan :-
    • Penyediaan kertas permohonan peruntukan
    • Kelulusan perlaksanaan projek
    • Pengeluaran Tender/Sebutharga
    • Penilaian Tender/Sebutharga
    • Penyeliaan kemajuan projek
  • Menguji sistem yang dibangunkan melalui ujian penerimaan (Acceptance Test) ke atas sistem yang dibangunkan berpandukan spesifikasi yang dipersetujui.
  • Mengawalselia perlaksanaan sistem
  • Menyelenggara sistem yang sedang digunakan. “Menguruskan penyenggaraan perkakasan (hardware) dan perisian (software) yang digunakan oleh sistem sentiasa berada dalam keadaan baik. Pembaikan akan dibuat sekiranya berlaku sebarang kerosakan pada sistem komputer samada perkakasan (hardware) ataupun perisian (software)”.
  • Menyelenggara pangkalan data (database) sistem.
  • Meningkatkan pengetahuan mengikut teknologi komputer yang terkini.
  • Memberi latihan kepada pengguna mengenai aplikasi dan perisian yang baru.
  • Mengemaskini dokumen-dokumen spesifikasi aplikasi LKIM.
  • Menyediakan laporan penilaian ke atas pelaksanaan sistem aplikasi.
  • Mengeluarkan laporan dan statistik kepada pihak pengurusan, pengguna dalaman dan luaran.
  • Memastikan mesyuarat pelaksanaan sistem-sistem aplikasi diadakan mengikut jadual yang ditetapkan.


B. Tugas-tugas Seksyen Sokongan & Operasi

  • Mengurus Penyenggaraan Komputer Mikro (PC), Pencetak, Server dan peralatan yang ada hubungan dengannya.
  • Mengurus LAN, WAN dan Internet serta perkara-perkara yang sehubungan dengannya.
  • Mengurus dan menyenggara Web-Mail LKIM – email LKIM
  • Memantau Akses Kandungan Internet.
  • Mengurus peralatan dan alatulis komputer. Tugasan melibatkan bekalan peralatan (stationery) komputer seperti toner, ink, disket, CD R dan kertas mesin pencetak.
  • Mengurus dan menyenggara salinan (backup) data harian. Tugas melibatkan sandaran bagi semua komputer pelayan yang terdapat di LKIM.
  • Memantau dan mengawalselia bilik komputer pelayan (server). Tugasan melibatkan pemantauan peralatan penghawa dingin (6 unit), punca kuasa (power supply) 3 Phase, 20 unit server.


C. Tugas-tugas Unit Pentadbiran Am

  • Mengurus dan mengawalselia pengurusan am pejabat Bahagian Teknologi Maklumat dan Perhubungan.
  • Membuka fail dan merekod pergerakan fail. Mengemaskini, meminitkan fail-fail dan menyimpan di doket fail di dalam kabinet. Menutup fail-fail yang tebal melebihi had dan membuka jilid seterusnya.
  • Menerima, mencatat segala surat masuk ke Bahagian Pengurusan Maklumat. Seterusnya mengedarkan kepada pegawai dan kakitangan bahagian melalui Sistem GOE-EGDMS.
  • Menerima borang cuti, mengawalselia cuti kakitangan dan mengemaskini rekod cuti kakitangan.
  • Menyelaraskan dan menguruskan mesyuarat untuk Pengarah Bahagian.
  • Menyediakan borang memohon keluar L.O., menyediakan borang arahan bayaran, menyemak bil-bil dan invois daripada pembekal dan merekod di dalam buku daftar arahan bayaran.
  • Menguruskan kawalan pengurusan aset dan inventori. Menguruskan penyelenggaraan peralatan dan pelupusan aset dan inventori.
  • Menyelaras belanjawan mengurus dan belanjawan pembangunan bahagian.
  • Menyelaras Laporan Tahunan Bahagian Pengurusan Maklumat pada setiap tahun.
  • Mengawalselia dan mengemaskini Sasaran Kerja Tahunan pegawai dan kakitangan Bahagian Teknologi Maklumat dan Perhubungan setiap tahun.




Hubungi kami:
Bahagian Pengurusan Maklumat,
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia,
Aras 1, Wisma LKIM, Jalan Desaria,
Pulau Meranti, 47120 Puchong,
Selangor.
Tel : 03-80649000
Fax : 03-80602462