Bahagian Pemasaran Dan Pelesenan

CARTA ORGANISASI BAHAGIAN PEMASARAN DAN PELESENAN

Carta Organisasi Bahagian Pemasaran dan Pelesenan  
VISI BAHAGIAN Menjadi agen penjana pengukuhan pemasaran dalam industri perikanan negara.MISI BAHAGIAN Memastikan sistem pemasaran yang cekap, berkesan dan berdaya saing.
PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN
  • Menyediakan laporan keberhasilan (outcome) aktiviti promosi dan eksposisi dalam masa 1 bulan selepas pelaksanaan program.
  • Menyediakan laporan harga komoditi ikan terpilih di pasaran tempatan kepada Kementerian (MOA) setiap 2 minggu.
  • Memberikan keputusan kepada permohonan projek-projek pembangunan yang dikemukakan oleh kumpulan sasar dalam tempoh 1 bulan tertakluk kepada permohonan yang dikemukakan lengkap.
  • Memberi maklumbalas atau jawapan kepada semua pertanyaan rasmi, aduan awam dan surat-surat biasa dalam tempoh 3 hari bekerja.
  • Bayaran insentif pendaratan ikan dibayar pada setiap 16 haribulan bulan berikutnya.
  • Memberi keputusan ke atas permohonan lesen mengimport, mengeksport dan berniaga ikan dalam tempoh 10 hari bekerja dengan syarat semua maklumat dan dokumen lengkap.
  • Melaksanakan pembaharuan lesen dalam masa tidak lebih dari satu jam dengan syarat semua maklumat yang diperlukan dibekalkan oleh pemegang lesen.
 
OBJEKTIF BAHAGIAN
  • Mengenalpasti dan mewujudkan saluran pasaran baru bagi hasilan perikanan termasuk komoditi akuakultur di peringkat domestik dan antarabangsa.
  • Mewujudkan sistem pengurusan maklumat berkaitan pasaran industri perikanan yang efisien untuk membantu semua pihak yang berkepentingan (stakeholders).
  • Memendekkan rantaian bekalan (supply chain) bagi menjana harga pulangan terbaik kepada nelayan serta harga patut dan setimpal kepada pengguna.
  • Menggerakkan Persatuan Nelayan terlibat aktif dalam pemasaran hasilan perikanan supaya menjadi penyumbang utama kepada ekonomi Persatuan Nelayan dan ahli-ahlinya.
  • Mewujudkan peraturan yang berpatutan bagi mengawal pengimportan, pengeksportan (Sabah & Sarawak ) dan perniagaan ikan untuk menggalakkan amalan pemasaran ikan yang baik bagi menyokong perkembangan industri perikanan negara.
  • Menguatkuasakan Undang – Undang dan Peraturan sebagai mana yang termaktub di dalam Akta LKIM 1971 serta undang–undang yang wujud di bawahnya ( Kaedah Pemasaran Ikan 2013 dan Kaedah–Kaedah LKIM (Kompleks, Labuhan dan Jeti Pendaratan Ikan) 2010
  • Menjalankan pemantauan dan penilaian Perundangan berkaitan.
A. TUGAS-TUGAS SEKSYEN KHIDMAT SOKONGAN PEMASARAN      Pembangunan Pasar Nelayan
  • Mengenal pasti tapak yang sesuai untuk Pasar Nelayan
  • Membangunkan Pasar Nelayan (Baru)
  • Mengurus, memantau dan menilai perjalanan serta penambahbaikan Pasar Nelayan
  • Melaksanakan kerja-kerja peningkatan Pasar Nelayan sediaada (mengikut kesesuaian)
  • Mengadakan program-program bagi keusahawanan Pasar Nelayan
     Q Fish
  • Mengenalpasti dan melantik pembekal yang berpotensi
  • Mempastikan pembekal yang dilantik menetapkan tanda harga mengikut standard siling yang telah ditetapkan
  • Mengenalpasti keperluan Program Ikan Rakyat
  • Mengurus, memantau dan menilai status kemajuan Program Ikan Rakyat
  • Mengadakan lawatan naziran dari semasa ke semasa untuk mempastikan freezer tidak disalahgunakan dan bekalan stok ikan mencukupi
  • Bertanggungjawab memperkenalkan Program Ikan Rakyat melalui penyertaan dalam aktiviti-aktiviti promosi
  • Membantu menyediakan kemudahan peralatan
B. TUGAS-TUGAS SEKSYEN PENGURUSAN MAKLUMAT PASARAN      Pengurusan Maklumat
  • Menjana maklumat komoditi dan pasaran melalui pelbagai sumber (primer dan sekunder).
  • Menyediakan maklumat penting seperti pengeluaran, harga dan pemain-pemain yang terlibat.
  • Menganalisa data dan menjana laporan untuk kegunaan pengurusan dan stakeholders lain.
  • Mewujudkan sistem pengurusan maklumat yang cekap.
     Kajian Pasaran
  • Kajian Penawaran & Permintaan serta penggunaan (utilisation).
  • Menganalisa corak kepenggunaan (Consumption Patterns).
  • Kajian pasaran mengikut produk, saluran pasaran serta lokasi.
  • Kajian Senario Kenaikan dan Penurunan Harga (Price Fluctuations) dan parameter yang mempengaruhi.
  • Menganalisa Pertumbuhan Pelaburan Sektor Industri (Private Investment Growth).
     Penerbitan Dan Penyebaran Maklumat
  • Menguruskan data/ statistik dan membangun sistem penyebaran maklumat.
  • Penerbitan statistik ,laporan, buletin, direktori, katalog secara hard copy ,soft copy dan on- line.
     e-Pengisytiharan Dan Insentif Hasil Tangkapan
  • Pengisytiharan pendaratan dan pemantauan melibatkan 240 pusat pengisytiharan dengan 502 kakitangan dan 36,000 vesel. Pengisytiharan dan pemantauan dilaksanakan setiap hari dengan anggaran pengisytiharan sebanyak 8,000 pengisytiharan.
  • Pembayaran insentif hasil tangkapan RM0.10 kepada nelayan yang mendaratkan ikan setiap bulan.
 C. TUGAS-TUGAS SEKSYEN  PELESENAN
    • Memproses pemohonan baru lesen Import, Eksport, Borong dan Runcit.
    • Melaksanakan pembaharuan lesen dan mengemaskinikan maklumat pelesen.
    • Memproses pindaan sekatan dan had lesen.
    • Mengesan keaktifan pengimport, pengeksport dan peniaga ikan.
    • Memberi ceramah / penerangan mengenai pelesen LKIM.
    • Pemantauan pelesenan dan memberi keterangan di mahkamah.
    • Menyediakan direktori pengimport / pengeksport ikan.
    • Memproses pemohonan Pendaftar Peniaga Ikan.
D. TUGAS-TUGAS SEKSYEN PEMASARAN PN      Pemasaran Ikan Air Tawar
  • Mengenalpasti dan membangunkan infrastruktur dan logistik pemasaran.
  • Kajian pasaran ikan air tawar.
  • Menganjurkan program pendidikan dan kempen.
  • Maklumat keluaran akuakultur dan saluran pasaran.
  • Melaksana program keusahawan.
     Pemasaran Ikan PN
  • Mengawalselia CC/DC yang diuruskan oleh Persatuan Nelayan (PN).
  • Mengawalselia PNN/PNK yang menyertai pasar tani diseluruh negara.
  • Mengenalpasti dan membangunkan infrastruktur & logistik pemasaran PN.
  • Kajian pasaran ikan di Pasar Tani.
  • Kajian impak PN menyertai Pasar Tani.
  • Maklumat pendaratan ikan nelayan Zon A dan saluran pasaran.
E. TUGAS-TUGAS SEKSYEN  KOMODITI AKUAKULTUR
  • Melaksanakan program pembangunan akuakultur mengikut baki peruntukan pembangunan sedia ada terutama kepada Persatuan Nelayan yang berpotensi.
  • Menyelaraskan dan menyelia perjalanan Projek-Projek Akuakultur di bawah program penswastaan LKIM.
  • Menyelaras dan menyelia perjalanan kerja-kerja pembinaan dan operasi Projek Akuakultur Fish Protech diempat negeri iaitu Kedah, Kelantan, Pahang dan Johor.
  • Menyelaraskan dan menyelia spesifikasi pembinaan Projek-Projek Akuakultur High Impact Project (IHP) yang sedang dan akan dibina.
Hubungi kami: Bahagian Pemasaran Dan Pelesenan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Aras G, Wisma LKIM, Jalan Desaria, Pulau Meranti, 47120 Puchong, Selangor. Tel : 03-80649000 Fax :03-80602282 (Pemasaran)Fax: 0380602560 (Pelesenan)