Close
Soalan Lazim
Maklum Balas
Hubungi Kami
Peta Laman

BAHAGIAN KEWANGAN DAN AKAUN

Bahagian Kewangan & Akaun

1.0 OBJEKTIF, VISI DAN MISI

 

1.1 Objektif
Memberikan perkhidmatan berkaitan dengan aspek perakaunan, pengurusan kewangan serta pengurusan kontrak dan bekalan bagi keseluruhan organisasi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan semua entiti yang berkaitan dengannya

1.2 Visi
Ke arah penggunaan sistem pengurusan kewangan dan akaun berkomputer yang bersepadu dan terkini

1.3 Misi
Memastikan akaun dapat ditutup setiap hari dan ke arah sifar teguran audit untuk penyata akaun tahunan

 

 

2.0 FUNGSI

2.1 Menyelia dan mengurus operasi penyelenggaraan akaun Lembaga supaya dapat dikeluarkan Deraf Penyata Kewangan Lembaga untuk dikemukakan ke Kementerian Pertanian pada setiap 15 Januari tahun berikutnya dan Penyata Kewangan muktamad Lembaga dihantar kepada juruaudit sebelum atau pada 30 April tahun berikutnya

2.2 Memastikan semua perolehan, pembayaran, terimaan, pelaburan dan pelupusan/hapuskira dana Lembaga diuruskan mengikut peraturan yang telah ditetapkan

2.3 Mengawalselia penyediaan akaun Persatuan-Persatuan Nelayan

2.4 Menyelia dan mengawasi langkah-langkah untuk memastikan semua perbelanjaan tahunan tidak melampaui peruntukan dan ketidakcapaian kurang dari 5% daripada peruntukan yang diluluskan

 

 

3.0 PIAGAM PELANGGAN

3.1 Menyelia dan mengawasi langkah-langkah untuk memastikan semua perbelanjaan mengurus bagi tahun semasa tidak melampaui peruntukan dan ketidakcapaian (shortfall) kurang dari 5% dari peruntukan yang telah diluluskan.

3.2 Menyediakan Draf Penyata Akaun LKIM bagi tahun semasa dan mengemukakan kepada Bahagian Perancang Korporat untuk disampaikan ke Kementerian Pertanian sebelum 15 Januari tahun berikutnya.

3.3 Mengemukakan Penyata Akaun Muktamad LKIM bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember setiap tahun kepada Ketua Audit Negara sebelum 30 April tahun berikutnya.

3.4 Mengemukakan Penyata Akaun yang telah diaudit bersama-sama Sijil Audit kepada Bahagian Perancang Korporat dalam tempoh tujuh hari dari tarikh penerimaan Sijil Audit untuk penyediaan Laporan Tahunan yang perlu dibentangkan di dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.

3.5 Memaklumkan keputusan bagi urusan perolehan pembekalan barangan dan perkhidmatan dalam tempoh satu minggu kepada kontraktor yang berjaya dan dua minggu kepada yang tidak berjaya.

3.6 Memastikan semua bil yang diterima dari pihak luar dibayar dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh penerimaan dan tuntutan anggota LKIM dibayar dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dengan syarat semua dokumen adalah lengkap.

3.7 Memastikan semua penerimaan wang dikeluarkan Resit Rasmi dengan serta merta

3.8 Memastikan lebihan wang tunai mendapat pulangan maksimum ke atas pelaburan-pelaburan yang dilakukan.

3.9 Mengemukakan Laporan Tahunan Bahagian berakhir 31 Disember setiap tahun ke Bahagian Perancang Korporat sebelum 15 Februari tahun berikutnya.

3.10 Mengemukakan Laporan Verifikasi Aset Tetap Bahagian ke Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia sebelum 31 Januari tahun berikutnya.

 

 

4.0 FUNGSI SEKSYEN-SEKSYEN BAHAGIAN KEWANGAN DAN AKAUN

Pengurusan Bahagian Kewangan dan Akaun terbahagi kepada dua (3) Seksyen iaitu Seksyen Pengurusan Akaun, Seksyen Pengurusan Kewangan dan Seksyen Pengurusan Belanjawan. Seksyen-seksyen dipecahkan mengikut unit-unit tertentu berdasarkan peranan dan tugas yang dilaksanakan.

 

4.1 SEKSYEN PENGURUSAN AKAUN

Seksyen ini mengandungi lima (5) Unit

4.1.1 Unit Kumpulan Wang Mengurus (KWM)

  Mengendali dan merekod transaksi penerimaan, pembayaran dan pelarasan bagi akaun-akaun berikut di peringkat Ibupejabat iaitu :-

  i) Kumpulan Wang Mengurus

 ii) Kumpulan Wang Pinjaman Komputer

iii) Kumpulan Wang Pinjaman Kenderaan
iv) Kumpulan Wang Rezab

Memantau perekodan transaksi-transaksi perakaunan dan kemasukan data ke dalam sistem SAGA-Century yang dibuat dari pusat-pusat tanggungjawab Kumpulan Wang Mengurus di peringkat LKIM Negeri iaitu : –

Akaun-Akaun Kumpulan Wang Mengurus LKIM Negeri Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Melaka, N. Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak.

Memastikan lejer-lejer am, lejer-lejer subsidiari dan jadual-jadual bagi kesemua pusat-pusat tanggungjawab dari Kumpulan Wang Mengurus sentiasa kemaskini dengan transaksi-transaksi harian kearah penyediaan laporan yang relevan yang boleh membantu pihak pengurusan LKIM membuat keputusan (decision making) yang tepat

4.1.2 Unit Kumpulan Wang Pembangunan (KWP)

Mengendali dan merekod transaksi penerimaan, pembayaran dan pelarasan bagi akaun–akaun berikut:

i) Kumpulan Wang Pembangunan Ibupejabat
ii) Akaun Pungutan Disatukan
iii) Akaun Tabung Pembangunan Ekonomi Nelayan
v) Akaun Projek Tutup / Tamat Operasi
vi) Akaun Khas

Memantau Perekodan transaksi-transaksi perakaunan dan kemasukan data ke dalam sistem SAGA-Century yang dibuat dari pusat-pusat tanggungjawab Kumpulan Wang Pembangunan di peringkat LKIM Negeri iaitu : –

Akaun-akaun Kumpulan Wang Pembangunan LKIM Negeri Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Melaka, N.Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak.

Memantau perekodan transaksi-transaksi perakaunan dan kemasukan data ke sistem SAGA-Century yang dibuat dari pusat-pusat tanggungjawab Kumpulan Wang Pembangunan di peringkat projek/ kompleks bagi seluruh Malaysia.

Memastikan lejer-lejer am, lejer-lejer subsidiari dan jadual-jadual bagi kesemua pusat-pusat tanggungjawab dari Kumpulan Wang Pembangunan sentiasa kemaskini dengan transaksi-transaksi harian kearah penyediaan laporan yang relevan yang boleh membantu pihak pengurusan LKIM membuat keputusan (decision making) yang tepat.

4.1.3 Unit Hal Ehwal Gaji Dan Tuntutan

Mengendalikan urusan pembayaran gaji dan potongan gaji kakitangan tetap, sementara dan kontrak, elaun tuntutan perjalanan dan elaun lebih masa.

 

4.1.4 Unit Aset 

Mengendalikan urusan perakaunan berkaitan pembelian, pindahan dan pelupusan aset tetap LKIM serta mengemaskini Daftar Aset LKIM dari masa ke semasa mengikut transaksi terlibat.

Memastikan laporan-laporan Verifikasi Aset Tetap dapat dikeluarkan mengikut jadual, serta membantu Unit Urusharta dalam mengambil langkah-langkah yang wajar berdasarkan kepada laporan-laporan verifikasi fizikal yang dijalankan oleh Lembaga Pemeriksa Aset Tetap yang dilantik.

 

4.1.5 Unit Akaun Persatuan Nelayan

Menyelia penyediaan akaun-akaun persatuan nelayan supaya dapat disediakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan dan memberi khidmat sokongan penyediaan akaun

 

4.2 SEKSYEN PENGURUSAN KEWANGAN

Seksyen ini mengandungi lima (5) Unit

4.2.1 Unit Perolehan

Mengendali urusan perolehan LKIM yang melibatkan aspek-aspek kerja, bekalan dan perkhidmatan melalui proses tender, sebutharga dan pembelian terus.

4.2.2 Unit Belanjawan

Mengendalikan aspek-aspek penyediaan Belanjawan LKIM (Jangka Panjang dan Jangka Pendek) dari Kumpulan Wang Mengurus, Pembangunan, Sumber Dalaman, Sumber Luar (Akaun Khas) serta kawalan ke atas peruntukan-peruntukan terlibat melalui Module Budgetary Control Sistem SAGA-Century

Menyediakan laporan-laporan prestasi belanjawan untuk pembentangan dalam mesyuarat-mesyuarat Jemaah Lembaga dan untuk kegunaan-kegunaan agensi-agensi pusat

Memantau prestasi projek-projek dan program LKIM dari segi penggunaan dana yang teratur dan berkesan untuk mendapatkan manfaat dan pulangan yang maksima

4.2.3 Unit Kawalan Kredit

Mengendalikan urusan pemberian dan kawalan kemudahan kredit perniagaan kepada pelanggan LKIM serta memastikan semua kredit dapat diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan selaras dengan Dasar Pengurusan Kredit LKIM.

Mengawal dan memantau perlaksanaan Dana Nelayan dan Tabung Pembangunan Ekonomi Nelayan.

Menyemak kedudukan hutang-hutang ragu/lapuk LKIM dari semasa ke semasa serta mengambil tindakan-tindakan wajar untuk mendapat jalan penyelesaian.

Menguruskan fasiliti kredit dari vendor LKIM, serta mengawal kemudahan ini sebaik mungkin serta membuat semakan ke atas daftar-daftar pemuitang untuk penyerahan ke Akaun Amanah Wang Tak Dituntut selaras dengan Akta Wang Tidak Dituntut, 1965.

4.2.4 Unit Pentadbiran Am

Menjalankan kerja-kerja pentadbiran pejabat dari segi urusan front-end berkaitan pelanggan, urusan bank, surat-menyurat, dan menyimpan selamat fail-fail dan dokumen-dokumen Bahagian Kewangan dan Akaun

Menguruskan kutipan wang tunai dan pengeluaran resit rasmi

Membuat tempahan dan menguruskan tiket-tiket penerbangan pegawai dan kakitangan LKIM

Memastikan kecukupan dan keselamatan aset / inventori di Bahagian Kewangan dan Akaun

4.2.5 Unit Pelaburan

Mengendali dan mengurus peruntukan-peruntukan yang belum digunakan untuk tujuan pelaburan di dalam Simpanan Tetap (Jangka Panjang dan Jangka Pendek) supaya mendapat pulangan yang maksima

 

Hubungi Kami:

Bahagian Kewangan & Akaun,
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia,
Aras G, Wisma LKIM,
Jalan Desaria,Pulau Meranti,
47120 Puchong, Selangor.

Tel: 03-80649000
Fax:03-80600587