Bahagian Kawalselia Pendaratan Ikan Dan Penguatkuasaan

FUNGSI SEKSYEN KAWALSELIA PENDARATAN IKAN
  • Mengwartakan semua Kompleks dan Labuhan Perikanan termasuk milik swasta.
  • Mengaudit semua Kompleks/Labuhan perikanan serta mengeluarkan Sijil Pematuhan Penuh kepada yang layak.
  • Memeriksa dan menilai semula permohonan baru untuk akreditasi.
  • Menjalankan pemeriksaan berjadual bagi memastikan Minimun Compliances dipatuhi.
  • Memberi khidmat nasihat kepada pengusaha dari aspek penyenggaraan serta sanitasi dan hygience.
  • Memastikan logistik pengangkutan ikan ke kilang-kilang mematuhi standard yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.
FUNGSI SEKSYEN KUALITI IKAN
  • Melaksanakan amalan pengendalian ikan yang baik di sepanjang rantaian pemasaran produk perikanan di peringkat tempatan dan antarabangsa.
  • Mewujudkan pengawalan kualiti ikan dengan melaksanakan pemantauan tahap kesegaran ikan di pusat-pusat pendaratan ikan.
  • Mewujudkan pengawalan pencemaran ke atas ikan dengan melaksanakan pemantauan tahap Kebersihan persekitaran di pusat-pusat pendaratan ikan.
  • Menyelaraskan peraturan dan piawaian/standard berkaitan kualiti dan keselamatan makanan berasaskan ikan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Perikanan Malaysia dan SIRIM bagi memastikan produk perikanan Negara memenuhi tahap keperluan piawaian kualiti dan keselamatan makanan di peringkat domestik dan antarabangsa.
  • Menjadi satu Agensi bertauliah (Competent Authority) yang bertanggung jawab terhadap pengawalan kebersihan persekitaran dan kualiti ikan di pusat-pusat pendaratan ikan.
  • Menyelaraskan program latihan, kajian dan lawatan bersama Institut Pengajian Tinggi atau lain-lain agensi kerajaan.
FUNGSI SEKSYEN PENGUATKUASAAN
  • Penguatkuasaan ke atas pematuhan Akta LKIM 1971 dan Kaedah-Kaedah di bawahnya.
PROGRAM/AKTIVITI
  • Pendaftaran Kompleks Perikanan, Labuhan Perikanan dan jeti perikanan ikan.
  • Pengiktirafan tempat mendaratkan ikan untuk eksport ke Kesatuan Eropah.
  • Pemeriksaan berkala bagi memastikan kepatuhan minima dipatuhi.
  • Khidmat nasihat kepada pengendali pusat pendaratan dari aspek penyenggaraan, sanitasi dan kebersihan.
  • Latihan Good Handling Practice (GHgP) dan Good Hygiene Practice (GHP) kepada pengendali pusat pendaratan.
  • Senarai Borang Permohonan dan garispanduan (muat turun).
  • Peraturan-Peraturan LKIM dan Labuhan, Kompleks dan jeti yang diwartakan.
AKTIVITI-AKTIVITI UTAMA SEKSYEN PENGUATKUASAAN
  • Menjalankan tindakan penguatlkuasaan meliputi siasatan,tangkapan,saman,pendakwaan dan perbincaraan di mahkamah.
  • Membuat pemantauan dan pengawasan pengistiharaan pendaratan ikan dan jualan bahan api bersubsidi untuk nelayan.
  • Menjadi urusetia Task Force di peringkat ibu pejabat bagi Pemantauan Skim Subsidi Diesel dan Petrol untuk nelayan.
  • Mengadakan sekatan eksport ikan rakyat dan spesies ikan terpilih pada musim perayaan, tengkujuh atau mengikut keperluan munasabah menerusi Jawatankuasa Kawalan Import Eksport hasil Pertanian MOA.
  • Menjalankan kerja-kerja arahan percetakan terhadap perundangan yang baharu diluluskan, undang-undang sedia ada dipinda atau langkah-langkah pentadbiran.
  • Mengurus dan membekal keperluan logistic termasuk pakaian seragam,aksesori,surat & kad kuasa,dokumen kawalan dan latihan.
  • Mengurus lesen induk senjata api LKIM dan lesen C&U serta menyelaras keperluan untuk pegawai yang diberi kuasa.
  • Membuat permohonan pewartaan kepada PUU MOA untuk kerja-kerja pewartaan mana-mana Kompleks/Pintu Masuk & Keluar yang sah,Pasar Jualan Borong dan Pasar Jualan Runcit.
  • Membuat pemurnian terhadap Dasar, Kehendak & Arahan LKIM kepada MAQIS bagi menguatkuasakan kawalan import dan eksport ikan dan hasil perikanan di pintu masuk/keluar.
  • Membuat pemeriksaan dan penguatkuasaan ke atas peniaga ikan di kompleks pendaratan ikan LKIM, pasar borong yang diwartakan atau premis jualan borong dan runcit yang didaftarkan dibawah LKIM.
  • Membuat peraturan bagi mengawal pemindahan ikan.
PENDAFTARAN KOMPLEKS PERIKANAN, LABUHAN PERIKANAN DAN JETI PERIKANAN IKAN Di bawah Kaedah-Kaedah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (Kompleks Perikanan, Labuhan Perikanan dan Jeti Pendaratan Ikan) 2010 yang berkuatkuasa mulai 9 April 2010, mana-mana orang yang mengendalikan mana-mana jeti pendaratan ikan persendirian hendaklah mendapat kebenaran Lembaga. Permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi mengendalikan jeti pendaratan ikan hendaklah berhubung terus dengan:
Bahagian Kawalselia Pendaratan Ikan Dan Penguatkuasaan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Aras 5, Wisma LKIM, Jalan Desaria, Pulau Meranti, 47120 Puchong, Selangor. Tel : 03- 80649000 Fax : 03-80603709