Bahagian Infrastruktur

OBJEKTIF BAHAGIAN
  • Menyediakan kemudahan pendaratan, pengendalian, penyimpanan dan pemasaran ikan yang bersepadu dan moden.
  • Mewujudkan pemusatan pendaratan ikan bagi menggalakkan pembangunan industri perikanan.
  • Mewujudkan one stop centre bagi menyediakan perkhidmatan kepada nelayan.
INFRASTRUKTUR PERIKANAN BAWAH SELIAAN BAHAGIAN
  • 4 Labuhan Perikanan
  • 40 Kompleks Perikanan
  • 6 Mini Kompleks Perikanan
  • 335 Jeti Pendaratan Ikan
  • 2 Kompleks Pemeriksaan Ikan
  • 14 Pusat Pemeriksaan Ikan
  • 6 Slipway
  • 11 Kilang Air Batu
  • 2 ECER
  • 420 Projek
TUGAS SEKSYEN INFRASTRUKTUR KOMPLEKS PERIKANAN
  • Memantau dan melaksanakan pembinaan, peningkatan dan naiktaraf bangunan/kemudahan di Pelabuhan /Kompleks Perikanan LKIM melalui peruntukan pembangunan yang telah diluluskan atau inisiatif pembiayaan swasta.
  • Pengurusan peruntukan wang mengurus Labuhan dan Kompleks Perikanan LKIM.
  • Mengurus, mengawalselia dan memantau pengurusan, pengoperasian dan pengendalian Labuhan dan Kompleks Perikanan LKIM bagi memastikan pengurusan dan pengoperasian Labuhan dan Kompleks dilaksanakan dengan cekap dan efisyen bagi faedah kumpulan sasar dan pengguna.
  • Mengawalselia dan bertanggungjawab dalam melaksanakan hal berkaitan dengan perjanjian (keselamatan dan kebersihan), pengambilalihan dan penyewaan, penghutang sewaan dan hutang lapuk di Labuhan / Kompleks Perikanan LKIM.
  • Mengawalselia pembinaan pejabat pengurusan, perolehan peralatan dan kelengkapan bagi melengkapkan kemudahan kompleks LKIM.
  • Menyemak laporan pemantauan projek untuk tujuan pemeriksaan, penilaian dan penganalisaan dari aspek prestasi perbelanjaan dan kemajuan fizikal projek.
  • Menyelaras tugas-tugas yang dijalankan oleh Pengurus Labuhan / Kompleks Perikanan LKIM serta Urusetia Infrastruktur di peringkat negeri.
 
TUGAS SEKSYEN PERANCANGAN DAN PENILAIAN INFRASTRUKTUR
  • Merancang & menyediakan permohonan bagi pembinaan & naiktaraf pelabuhan perikanan, kompleks pendaratan ikan dan jeti pendaratan ikan di bawah peruntukan kumpulan wang pembangunan (KWP) dan PFI.
  • Merancang & menyediakan permohonan peruntukan bagi pengurusan, operasi, perkhidmatan, utiliti serta pembaikan kecil pelabuhan perikanan, kompleks pendaratan ikan & jeti pendaratan ikan di bawah peruntukan kumpulan wang mengurus (KWM).
  • Penilaian & pemantauan pembangunan dan pengurusan kompleks, mini kompleks dan jeti pendaratan ikan.
  • Mengurus, menyelia & melaksanakan penyelenggaraan, pembaikan kecil, perkhidmatan dan utiliti serta kawalan keselamatan di kompleks pemeriksaan ikan, pusat pemeriksaan ikan, kilang air batu dan slipway.
  • Mengurus, mengawalselia & memantau pengurusan, pengoperasian, pengendalian, sewaan dan penyewaan kompleks pemeriksaan ikan, pusat pemeriksaan ikan, kilang air batu & slipway bagi memastikan pengurusan & pengoperasiannya dilaksanakan dengan cekap dan efisyen bagi memberikan faedah kepada kumpulan sasar dan pengguna.
  • Mengawalselia & bertanggungjawab di dalam hal berkaitan perjanjian (keselamatan & kebersihan), pengambilalihan & penyewaan kompleks pemeriksaan ikan, pusat pemeriksaan ikan, kilang air batu dan slipway.
  • Menyemak laporan-laporan pemantauan projek bagi tujuan pemeriksaan, penilaian & penganalisaaan dari segi aspek prestasi perbelanjaan dan kemajuan fizikal kompleks pemeriksaan ikan, pusat pemeriksaan ikan, kilang air batu & slipway.
  • Mengurus, mengawalselia & menganalisa pengurusan maklumat, rekod & data bagi kompleks pemeriksaan ikan, pusat pemeriksaan ikan, kilang air batu & slipway.
  • Menyelaras tugas-tugas yang dijalankan oleh urusetia infrastruktur peringkat LKIM negeri dan pengurus kompleks pemeriksaan ikan, pusat pemeriksaan ikan, kilang air batu & slipway.
  • Perancangan pembinaan pelabuhan / kompleks pendaratan ikan / kompleks pemeriksaan ikan LKIM melalui peruntukan Kerajaan yang telah diluluskan / PFI.
  • Mengkaji & menentukan kerja-kerja peningkatan & penyelenggaraan bagi slipway, kompleks pemeriksaan ikan, pusat pemeriksaan ikan & kilang air batu supaya dilaksanakan mengikut peruntukan yang telah diluluskan khususnya di dalam skop kerja penyelenggaraan kejuruteraan sivil, mekanikal & elektrikal.
  • Pengurusan perancangan pembinaan kompleks pendaratan ikan & benteng pemecah ombak di kawasan Punggai, Pengerang, Kota Tinggi, Johor.
  • Pembinaan Kompleks Pendaratan Ikan Beladin, Sarawak.
  • Pembangunan Jeti Nelayan di Penarak, Langkawi.
TUGAS SEKSYEN INFRASTRUKTUR MINI KOMPLEKS DAN JETI PERIKANAN
  • Mengurus, menyelia dan melaksanakan peningkatan dan naiktaraf kemudahan dan jeti pendaratan ikan.
  • Mengurus, menyelia dan melaksanakan penyelenggaraan, pembaikan kecil, perkhidmatan dan utiliti serta kawalan keselamatan di mini kompleks perikanan LKIM dan jeti pendaratan ikan.
  • Mengurus, mengawalselia dan memantau pengurusan, pengoperasian, pengendalian, sewaan dan penyewaan mini kompleks perikanan LKIM dan jeti pendaratan ikan bagi memastikan pengurusan dan pengoperasiannya dilaksanakan dengan cekap dan efisyen bagi faedah kempulan sasar dan pengguna.
  • Mengawalselia dan bertanggungjawab dalam hal berkaitan perjanjian (keselamatan & kebersihan) pengambilalihan dan penyewaan mini kompleks perikanan LKIM dan jeti.
  • Menyemak laporan pemantauan projek untuk tujuan pemeriksaan, penilaian dan penganalisaan dari aspek prestasi perbelanjaan dan kemajuan fizikal mini kompleks perikanan LKIM dan jeti pendaratan ikan.
  • Mengurus, mengawalselia dan menganalisa pengurusan maklumat, rekod dan data bagi mini kompleks perikanan LKIM dan jeti pendaratan ikan.
  • Mengawalselia perkara berkaitan penghutang sewaan mini kompleks perikanan LKIM dan jeti pendaratan ikan.
  • Mengawalselia serta bertangungjawab dalam hal berkaitan keselamatan infrastruktur mini kompleks perikanan LKIM dan jeti pendaratan ikan.
  • Mengurus serta mengawalselia peruntukan wang mengurus mini kompleks perikanan LKIM dan jeti pendaratan ikan.
  Hubungi kami: Bahagian Infrastruktur Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Tingkat 2, Wisma LKIM Jalan Desaria, Pulau Meranti 47120 Puchong Tel : 03-80649000 Fax : 03-80603301
[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]