Close
Soalan Lazim
Maklum Balas
Hubungi Kami
Peta Laman

BAHAGIAN INFRASTRUKTUR

Bahagian Infrastruktur

Visi

Peneraju Pembangunan Nelayan dan Industri Perikanan Negara.

 

Misi

1.   
Menyediakan infrastruktur dan kemudahan yang bersepadu dan moden (pendaratan, pengendalian, penyimpanan dan pemasaran ikan).

 

2.   Mewujudkan pemusatan pendaratan ikan bagi menggalakkan pembangunan industri perikanan.

Piagam Pelanggan


1. Laporan bulanan Kompleks/Labuhan Perikanan LKIM akan disediakan dalam masa tujuh hari bekerja selepas laporan yang lengkap diterima daripada Pengurusan Kompleks/Labuhan Perikanan LKIM.

2. Menyalurkan peruntukan ke LKIM Negeri dan Kompleks/Labuhan Perikanan LKIM dalam masa 14 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.

3. Memberi maklumbalas dalam tempoh 14 hari bekerja terhadap semua permohonan peruntukan yang lengkap bagi aktiviti pembangunan, pengendalian dan kerja-kerja selenggara di Kompleks/Labuhan Perikanan LKIM/Jeti Pendaratan Ikan/Kompleks dan Pusat Pemeriksaan Ikan LKIM.

4. Menyediakan dokumen pembayaran kepada Bahagian Kewangan & Akaun dalam tempoh tujuh hari bekerja selepas menerima semua dokumen tuntutan daripada kontraktor/pembekal/agensi yang lengkap dan telah diperakukan.

5. Mengemukakan Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan (LTPK) Bahagian Infrastruktur kepada Bahagian Perancangan Dan Pembangunan sebelum atau pada 30 September setiap tahun bagi tujuan persediaan pembentangan di Parlimen.

6. Menyediakan dokumen perjanjian penyewaan dalam tempoh tujuh hari bekerja bagi setiap dokumen yang lengkap dan telah diperaku.

7. Memberi maklumbalas kelulusan terhadap semua permohonan penyewaan baharu dalam tempoh tujuh hari bekerja selepas mendapat keputusan daripada Pengurusan Tertinggi LKIM.

Objektif

Menyediakan infrastruktur dan kemudahan pendaratan, pengendalian, penyimpanan dan pemasaran ikan yang bersepadu dan moden.

Fungsi Seksyen

  • Seksyen Perancangan Strategik Dan Khidmat Am
    1. 1. Merancang, menyediakan permohonan bagi peruntukan Rancangan Malaysia merangkumi sumber KWP, KWM dan peruntukan khas untuk Kompleks/Labuhan Perikanan LKIM dan Jeti Pendaratan Ikan.

      2. Mengawalselia perkara berkaitan Penghutang Sewaan Kompleks/Labuhan Perikanan LKIM.

      3. Menguruskan pewartaan Kompleks/Labuhan Perikanan LKIM dan Jeti Pendaratan Ikan.

      4. Menyediakan dan menyelaras semua urusan berkaitan dengan peningkatan kualiti kerja termasuk MPK, FM, SKT, Inovasi dan Pengurusan Pejabat.

      5. Menyediakan maklumat/laporan/ulasan/maklumbalas bagi mesyuarat di peringkat LKIM/Kementerian/Jabatan berkaitan dan jawapan Parlimen.

Seksyen Pembangunan Infrastruktur Kompleks/Labuhan/Jeti

1. Melaksana dan membina Kompleks/Labuhan Perikanan LKIM dan Jeti Pendaratan Ikan LKIM.

2. Mengkaji dan menentukan kerja-kerja peningkatan dan penyenggaraan Kompleks/Labuhan Perikanan LKIM dilaksanakan mengikut peruntukan yang telah diluluskan.

3. Memantau dan memastikan semua kemudahan dari segi peralatan dan komponen diselenggara supaya sentiasa berada dalam keadaan baik untuk digunakan.

4. Menyemak, menilai dan menganalisa prestasi kemajuan fizikal dan kewangan projek.

5. Mengkaji dan menentukan kerja-kerja pembinaan jeti-jeti LKIM yang baharu dilaksanakan  mengikut keutamaan dan peruntukan yang telah diluluskan.

Seksyen Pengurusan Kompleks/Labuhan/PPI

1. Mengawalselia dan bertanggungjawab dalam hal berkaitan Pengurusan dan Pengoperasian Kompleks/Labuhan Perikanan/Kompleks Pendaratan Ikan.

2. Mengurus dan menyelaras Perjanjian Penyewaan Pengurusan Kompleks/Labuhan, Premis Demis, hartanah dan agen kutipan caj perkhidmatan di Kompleks/Labuhan Perikanan LKIM.

3. Mengawalselia dan merekod maklumat pendaratan hasil perikanan di Kompleks/Labuhan Perikanan LKIM.

4. Menyelaras Mesyuarat Jawatankuasa Transformasi Pengurusan & Pengoperasian Kompleks/Labuhan Perikanan LKIM.

5. Mengawalselia serta bertanggungjawab dalam hal berkaitan penyenggaraan infrastruktur dan kemudahan Kompleks Perikanan LKIM.


6. Mengawalselia dan menyelaras pengurusan Pelabuhan Perikanan LKIM yang dibina secara PFI termasuk Kerjasama Strategik ECERDC.

7. Menyelia hal berkaitan pengurusan dan Key Performance Indicator (KPI) Kompleks/Labuhan Perikanan LKIM.

SOP/Garis Panduan/Dasar/Manual/Pekeliling

Kaedah-Kaedah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (Kompleks Perikanan, Labuhan Perikanan Dan Jeti Pendaratan Ikan) 2010

Hubungi Kami
 

Bahagian Infrastruktur

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia

Aras 2, Wisma LKIM

Jalan Desaria, Pulau Meranti

47120 Puchong, Selangor

 

No. Telefon : 03-8064 9032

 

No. Faks : 03-8060 3301

 

Email : infra.lkimhq@lkim.gov.my