Dato' Hj. Mohd Jidin bin Shafee Mesej PENGERUSI LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA Assalamualaikum Wbt. Organisasi memerlukan maklumat untuk lebih berdayasaing. Menerusi pengurusan maklumat yang berkesan, kita akan dapat mengatur strategi serta menggerakkannya bagi meraih peluang terbaik untuk organisasi meletakkan LKIM ke tahap lebih tinggi. Dalam era yang serba canggih kini, kepekaan organisasi terhadap maklumat perlulah melangkaui batas-batas tradisional. Ertinya, bagi menjamin kecekapan serta keberkesanan organisasi, kita perlu sentiasa berada selangkah di hadapan dalam usaha mendapat dan memberikan maklumat yang tepat, cepat dan berguna. Bagi mencapai hasrat tersebut maka kita hendaklah cukup peka dengan aplikasi teknologi maklumat terkini dalam pengumpulan, penyaluran dan pembekalan maklumat organisasi kita. Dalam hal inilah kita melihat betapa perlunya LKIM mempunyai laman sesawangnya sendiri yang memaparkan pelbagai aspek mengenai operasinya – daripada matlamat, program, aktiviti serta peluang-peluang yang disediakan untuk pihak-pihak yang terlibat didalam industri perikanan negara. Di sudut lain, laman ini juga akan menjadi medan untuk LKIM mendapatkan maklumbalas terhadap apa yang dilaksanakan bagi membolehkan penambahbaikan dibuat. Cuma seperkara yang penting dalam menangani aspek maklumat ini ialah aspek ”semasa” nya. Maknanya, maklumat kita perlu sentiasa bersifat semasa atau `current’. Oleh itu, saya amat berharap agar ada pasukan yang membuat pemantauan terhadap laman sesawang LKIM ini agar ianya sentiasa up-to-date. Terima kasih kepada semua yang telah menyelenggarakan laman ini sehingga siap untuk dimanfaatkan oleh pengguna kita. Saya percaya usaha-usaha seperti amat besar peranannya dalam membawa LKIM ke persada lebih tinggi pada masa akan datang. Apa yang penting ialah perlunya seluruh wargakerja LKIM di semua peringkat – ibupejabat, negeri dan institusi nelayan bekerjasama membekalkan maklumat terkini untuk dimuatkan ke dalam laman sesawang kita. Hanya dengan kerjasama ampuh ini sahajalah laman sesawang LKIM akan mampu berfungsi sebagai lebuhraya maklumat yang akan mencorakkan hubungan yang lebih baik dengan `industry players” untuk terus memacu industri perikanan negara kita. Sekian, Selamat Majujaya. DATO’ HJ. MOHD JIDIN BIN SHAFEE |