i. Pembangunan Pasar Nelayan Pasar Nelayan diwujudkan sebagai satu lagi saluran atau luang pasaran alternatif bagi ikan dan produk ikan dengan peluang kepada nelayan memasarkan hasil tangkapan mereka secara terus kepada pelbagai peringkat pengguna. Ia juga bertujuan mengurangkan tahap penglibatan orang tengah supaya nelayan memperolehi margin pulangan harga yang lebih baik dan menguntungkan serta pengguna mendapat bekalan ikan segar pada harga yang berpatutan. Aktiviti utama dalam projek ini adalah pembinaan pasar nelayan baru sama ada di kompleks pendaratan ikan LKIM mahupun di pengkalan nelayan yang telah dikenalpasti berpotensi tinggi dan mendapat sambutan. Aktiviti-aktiviti lain yang termasuk dalam projek ini adalah kerja-kerja peningkatan pasar nelayan sedia ada dari segi penambahan gerai, peserta pasar nelayan dan kemudahan-kemudahan lain yang berkaitan pasar nelayan. ii. Pemasaran Ikan Persatuan Nelayan (PN) Persatuan Nelayan (PN) diwujudkan bagi membantu sosio-ekonomi nelayan dengan penumpuan kepada peningkatan pendapatan, memperkembang dan memajukan perusahaan perikanan setempat. Pemasaran ikan merupakan salah satu aktiviti persatuan nelayan dalam menggalakkan ahli-ahlinya terlibat dalam penangkapan ikan serta memasarkannya sama ada dalam pemasaran secara terus atau melaui Pasar Nelayan (mula tahun 2006) yang diwujudkan bagi melonjakkan ekonomi masyarakat nelayan khususnya keluarga nelayan. Projek Pemasaran Ikan Persatuan Nelayan diwujudkan bagi mengerakkan dan menggalakkan penglibatan persatuan nelayan dalam perniagaan pemasaran ikan dan seterusnya meningkatkan ekonomi persatuan nelayan serta meningkat “market share” persatuan nelayan dalam perniagaan ikan. Ianya juga dapat mengurangkan penguasaan/manupulasi orang tengah dan memberi pulangan harga lebih baik kepada ahli terlibat. iii. Pembangunan Usahawan / Pemasar Ikan (Jualan Terus) Projek ini bertujuan memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi nelayan dengan penumpuan kepada peningkatan pendapatan serta memperkembang dan memajukan sektor perikanan negara. Projek ini juga dapat menggalakkan dan memajukan pengurusan perusahaan dan pemasaran ikan yang cekap dan berkesan. Aktiviti dalam projek ini dapat memberi peluang perniagaan dan menggalakkan penglibatan individu khususnya nelayan bumiputra/belia/lepasan siswazah sebagai usahawan nelayan yang aktif dalam bidang pemasaran ikan dan keusahawanan. Ianya juga mewujud, memperluas dan memperbanyakkan lagi luang-luang pasaran bagi hasil-hasil perikanan yang seterusnya dapat mengurangkan kebergantungan orang tengah. Dengan pelaburan yang sederhana, perniagaan ini akan menjadi pekerjaan utama bagi golongan tersebut. Projek ini terbahagi kepada beberapa komponen iaitu:- - Insentif Peralatan Usahawan Pemasaran
Usahawan-usahawan nelayan yang bergiat dalam pemasaran ikan akan diberi insentif peralatan pemasaran ikan sebagai satu usaha untuk meningkatkan pemasaran hasil-hasil perikanan. Antara peralatan dan kelengkapan di dalam projek pemasaran ikan ialah tong insulasi, alat penimbang, bilik sejuk, blast freezer, chest freezer, freezer, ice maker, mesin penghancur air batu dan lain-lain peralatan yang berkaitan. - Program Jualan Terus Ikan (FOW)
Dengan wujud “Projek Fish On Wheels’ (FOW) secara skala besar melibatkan kaedah penggunaan motorsikal, lori kecil (1 mt) dan caravan akan meningkatkan lagi keupayaan nelayan dan usahawan nelayan memasarkan hasil tangkapan mereka atau nelayan setempat ke lokasi yang lebih jauh dengan membawa kuantiti ikan lebih banyak bagi mendapatkan pulangan harga yang lebih baik dan pengguna mendapat ikan segar pada harga berpatutan. Fish Kiosk adalah satu lagi usaha LKIM bagi memperbanyakkan luang-luang pasaran alternatif untuk nelayan memasarkan hasil tangkapan mereka dalam bentuk yang berbeza seperti sudah dibungkus dalam pelbagai kaedah dan sebagainya. Fish Kiosk ini diwujudkan bagi memudahkan rantaian pengedaran dan pemasaran yang menyeluruh. Usahawan Nelayan yang mempunyai pengalaman diberikan keutamaan bagi mengendalikan Fish Kiosk tersebut. Usahawan Nelayan tersebut hanya mengoperasikan Fish Kiosk ini dengan mengikuti perjanjian dan garis panduan yang disediakan oleh LKIM. |