| |
| 1. | Program Mempelbagai Dan Meningkatkan Pendapatan |
| | Program LKIM yang di mulakan pada Tahun 2008 merupakan Program bagi membasmi kemiskinan serta mempertingkatkan pendapatan nelayan melalui aktiviti-aktiviti yang bersepadu kearah meningkat kualiti hidup serta kesentosaan nelayan. Di bawah program ini setiap peserta akan medapat geran bantuan percuma sehingga RM10,000 seorang dalam bentuk bekalan input, peralatan, perkhidmatan berkaitan dengan projek. Peserta-peserta yang mendapat faedah ini juga di sedikan latihan dan bimbingan dalam aspek teknikal, amalan GHP, motivasi, pengurusan projek,pemasaran dan promosi. LKIM melalui Persatuan Nelayan akan menyediakan kemudahan dan sokongan pemasaran kepada setiap peserta yang berjaya. |
| |
| 2. | Program Di Bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) |
| | Sejak Tahun 2004, LKIM telah di pertanggungjawabkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) dengan menyedia sejumlah peruntukan bagi melaksanakan projek ekonomi serta program peningkatan pendapatan bagi masyarakat nelayan. Kumpulan sasar di bawah Skim ini adalah nelayan miskin dan termiskin.Terdapat 3 komponen atau atau aktiviti yang dilaksanakan iaiatu bantuan peralatan bagi aktiviti penangkapan ikan, jualan secara terus dan pemprosesan. Selain dari bantuan, peserta-peserta yang mendapat faedah ini juga di sediakan latihan serta kursus yang berkaitan. |
| |
| 3. | Program Di Bawah Peruntuhan dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) Negeri Terengganu |
| | Sejak Tahun 2004, Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan peruntukan DKKP Negeri Terengganu kepada LKIM khusus yang berkaitan untuk memajukan dan mempertingkat industri perikanan di Negeri Terengganu. Antara program-program yang telah di laksanakan melalui dana ini adalah bantuan peralatan perikanan, pembersihan unjam-unjam dan Program kesedaran dan Buka minda. |
| |
| 4. | Projek-Projek Kecil Pertanian Kawasan Parlimen |
| | Bermula pada Tahun 2006, Kementerian Pertanian Malaysia dan Industri Asas Tani Malaysia telah menyalurkan peruntukan tahunan kepada LKIM serta jabatan-jabatan dan agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian Malaysia dan Industri Asas Tani Malaysia. Peruntukan tahunan RM50,000 setahun bagi setiap Kawasan Parlimen dan telah ditingkat ke RM100,000 setahun pada Tahun 2008. LKIM merupakan salah sebuah agensi penyelaras dan pelaksana program ini akan menentukan setiap aktiviti di laksanakan di bawah program sampai kepada kumpulan sasar dan mempunyai kesan impak. Antara aktiviti-aktiviti yang di laksanakanadalah bantuan peralatan penangkapan ikan, kemudahan infrastruktur pendaratan kecil, kumudahan bangsal/baikpulih bot dan lain-lain. |